Apa Itu Rasa Indah

February 26, 2018


aku pernah terpikir. hari itu akan + pasti tiba. aku pernah terpikir kenapa ia terlalu susah. aku pernah terpikir. tiada penghujung. tapi aku takut untuk pikir terlalu lama. terlalu panjang. takut jadi kenyataan. hari ini. ia terjadi. ia kenyataan. tarik nafas dalam-dalam. terima segala ketentuan. aku terima. andai ini balasan dunia selepas apa yang pernah aku buat dulu. nak tahu tak.saat aku beritahu kabar berita yang pada aku ia cukup mengembirakan. Dia datang memujuk agar berbaik. 

pada aku, peluang kedua. tak bermaksud hanya no2. tapi. selagi dia berusaha kearah kebaikan. aku akan serahkan kemaafan. pintu peluang aku buka seluas mungkin. sehingga terlalu mengharap. syukur ya Allah. ada perubahan. tak banyak. tapi cukup buat aku tersenyum. orang keliling marah. nasihat. sepatutnya tidak lagi kembali. selepas benih kasih di tanam rapi. di siram dan di baja. hujan turun tanya bagi isyarat. tak sempat alihkan. hanyut di bawa arus longkang hitam. aku bagaikan mengikut setiap liku arus hujan. tapi tetap hilang. aku tanya pada diri sendiri. tak cukup kuat ke, pagar yang aku dirikan. biar aku tahu. benih itu pernah cacat suatu ketika dahulu. Dia tidak tahu. yang aku tahu. aku pura-pura lihat ia sempurna. aku pikir. andai yang cacat itu di beri peluang. aku pasti ia akan tumbuh sihat. kalau bukan aku yang tanam. siapa lg kn..

malam ini. aku pergi.. bila aku balik. jangan di tanya bila. aku cari ruang, waktu dan rasa yang pernah di curi. aku tuntut kembali. pada yang ESA. tiada harapan dr manapun. selain DIA. aku doakan agar hati ini kuat. tanpa air dimata. tekanan di dada. tamparan di kepala. 

tapi yang sekeliling tak paham atau tak nak paham. jiwa aku kacau. pikiran aku melayang. buntu dipersimpangan. hilang pertimbangan. dalam longkang hitam. gelap aku menangis. siang aku pura-pura kuat. ketawa macam mak lampir. menyanyi macam ziana zain. otak merancangan masa perlu di isi. yang ada di keliling pergi. aku sendiri lagi. sepi. rajuk bawa hati. tiada yang peduli. mereka tak nak mengerti. bila aku lantang bsuara. sebab keciwa yang terbawa-bawa. aku tukar nama. biar peluang kedua tidak muncul lagi. ape yang harus aku lakukan. setiap yang keluar dari mulut aku. ape yang aku pikirkan. tiada yang terima. tiada yang pakai. kali ini aku jatuh teruk. bukan lagi ditimpa tangga. kali ini. ibarat sebuah kapal yang kita nakhoda. tapi bocor di tengah laut. seorang diri. peralatan pertukangan  tidak membantu. hanya doa sahaja aku panjatkan. biar ada lalu menghulur bantuan. sampai ketika. aku pasrah. andai kayu yang aku berpaut ini juga rapuh dimamah air dan badai. aku pergi. biar tiada yang menunggu. tiada yang sakit. tiada yang perit. tiada yang terluka. 
maafkan aku. andai aku terlalu menyusahkan kalian.... 

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Follow me on Instagram

Flickr Images

Subscribe