MY TRAVEL: STARCRUISE LIBRA (NIGHT 4)

May 02, 2018

Day 4 dah nak… last day on cruise. Next stop in Penang. Pagi akhir nie, kita bangun awal-lah kan, tengok-tengok sunrise. Serius. Indah sungguh ciptaan tuhan. I tak dapat imagine kan uolls, I feeling-feeling sendu atas cruise. Teringat kata-kata janji pelsu dia nak naik cruise berhoneymoon. Phuii.. tapi takpe laa janji DIA, lebih aku percaya. Akan ade matahari lebih menyinar di esok hari. I nak luah perasaan ni guys. Haritu, sebelum putus cinta (wahaha). I tanya dia, nak honeymoon tang mana, over thesea or by Cruise. He choose by Cruise. Maybe on same date laa kan, I will honeymoon with him. Tapi da DIA kata, I will cruise. But with another Hot GUYSSSS. Bukan 1, tapi 5 GUYS..wahahhaha so nothing to lose jugakan. Okay, jangan sedih-sedih. Let’s sambung story..


Day4, awal kami bangun..abam-abam sibuk bergym.. I sibuk layan sendu feeling-feeling angin laut. Lama oo dorang bergym. Café nak tutup dah. I pergi jek laa breakfast sorang-sorang.. pandai-pandai laa dorang. I pun da biasekan breakfast sorang-sorang kan. So apekedehal. Baru nak start makan. Ooo muncul sorang-sorang.. ish..kacau betul. Mane laa tahukan, I duk makan sorang-sorang ni, ade mat salleh datang nak teman i.. kan. Wahaha.. lepas makan. Dorang pergi mandi pool. Ooo belum puas lagi nak mandi. Macam first day, takde orang pun mandi. Puas laa abam-abam merendam, kuak lentang. Masa tu, cruise dah dock kt jetty Penang, tapi kami decide untuk free & easy, tengah-tengah hari sikit baru turun.


The point is, masa tu ade announcement, depa habaq; turun pi immigrations for face scan. Serius I tak paham, ingatkan those yang nak turun tu jek kene scan. Rupanya tak, semua yang atas ship tu kene turun. Sebab kami dah cop keluar Malaysia masa ke Phuket, so kene scan & cop masuk ke Malaysia balik. Safeguard siap berlari-lari suruh kami semua turun, Ooo..dah last call rupanya, abam-abam capai towel, turun immigration. Rupanya kami orang terakhir.. wahahha.. pegawai immigration pun ketawa kan kami.. inikan pulak cruise crew, wahaha..then dorang sambung lagi tu mandi.


1200 noon, kami turun. Amek Grab Car, dorang cakap Nasi Kandar Raffe sedap (No. 295, Burma Road, Pulau Tikus,),


I ikut jek. Boleh laah, tak mahal macam kedai lain. Tengah kau sedap melantak, karen trip pulak..ish, hilang selera aku nak makan. Panas lit-lit.. I sampai amek pinggan buat kipas, abam-abam bahan i. "nad, ko suruh ane tu kipaskan. Speed 1 RM3. Speed 5, laju RM5 sejuk sikit, siap peluh ketiak ane tu.." wahahha nak muntah pulak I terbayang. Wahahha.. laju-laju I makan, terus keluar pi amek angin. Pergh..baru boleh bernafas.


Lepas makan, my bodyguard panggil Grab Car, nak pi makan cendol famous (27 & 29 Lebuh Keng Kwee). Abam belanja. Ooo..aku kalau dah tengah panas, sesak-sesak orang ni, hilang mood. I sumbat jek cendol tu kemulut. Jagan hati member dah belanja. Then, kami sempat pergi jeruk Pak Ali & Chowrasta Market. Tak jauh dari cendol famous tu, panas wey peneng. Meleleh peluh. Hangin I dah nak meletup ni, panas sangat-sangat. Then, kami balik cruise






Petang terakhir, serius, macam nak nagis. Esok da nak balik. Dah takdapat nak ketawa 24hours. Petang tu, abam-abam bodyguard ajak karaoke. Yes! Lepas Tanya-tanya, kalau nak karaoke, boleh. Tapi kene beli air. 1 glass drink, dapat 2 lagu free. What… belumsempat tarik, lagu dah habis. Serius. Ganggu emosi I nak karok. Gian sampai sekarang. NAKKKK KAROOOOOOOKKKKKKK! Wahhaa.. abam-abam semua suara sedap. I kan kalau dengan orang tak kenal. Memang suara mengigil. Hilang konfiden. Lagu pun lupa tajuk..wahahhaa… 








Lepas karok, kami pergi Farewell Songkran Festival Show. Syokk laaa abam-abam tengok awek gelek. Kami dok tepi ja, gelek celah tiang.. wahaha.. lepas jenuh tengok asoh-asoh tu bergelek. Dinner time. Makan lagi. Nie last dinner ni, so harus makan laa kan. Kalau kami dah duduk kat meja makan mane nak ingat jam berapa. 






Sedar-sedar dah kol8.30, malam terakhir. ade last show, so kene pergi tengok. makin lama makin seksi awek-awek cruise ni. 





haha habis show, abam bodygaurd ajak pergi main game BINGO lagi.. wahahaha… kali ni memang dah tahu macamane nak main. Senang jek. Berapa no dia bagi. Kita kasi cucuk. Makesure semua nombor. mesti kena. Baru laa BINGO.. memang takkan menang laa kan. Wahaha.. naik juling biji mata. Kali nie hebat sikit laa. Dah tahu step..waahhaha… just for fun k. korang jangan salah paham pulak. Sah-sah kami takkan menang.. aslong as dapat ketawa-ketawa. Cukup laa.







Malam tu, along and kawan dia pergi tengok band apentah. Kami yang len jalan-jalan tengok band lain nyanyi. Pi kasino. lepak ambil angin ketawa-ketawa lagi. Sempat laa membawang. Wahaha.. OH GOD! Esok nak balik da. So kami lepak sampai mata semua takleh buka.

So  I terus kan cerita the next day, cruise arrived at Port Klang Jetty, at 0830 am, so kita boleh check out seawall mungkin. Paling lewat, jam0900 am. Kami letak beg, breakfast dulu. And balik. Oh yek. Sebelum keluar, korang kene buat semua payment. Jangan lupa ade tips payment lagi. Ill let u know on details cruise information soon. K.





Maka, berakhirlah trip terjah gila uyang I buat. Like a previous, my travel buddy adalah orang yang berbeza. Dan kali ini, trip Abam-abam Bawang a.k.a free Bodyguard. 24hours ketawa, sampai kami dapat nama Laughing Group. Before balik, sempatlah beramah mesra dengan unty-unty dalam cruise tu, ooo famous rupanya we’ll. Siap Tanya, its your boyfriend? I said no, they all not my taste. Haha.. kami ni adik beradik ke? Wahaha. I said, no too. we are friends. And now. We are friends.




Dunia tak pernah haling kita untuk berkawan, andai korang tahu adab dan batas pergaulan. Kenal dengan abang-abang, buat I terpikir, luas lagi laut yang I belum sampai, luas lagi perngetahuan yang I belum dapat. Guys, thanks for the experience. Please jangan serik. Bawa I lagi.. promise lepas ni tak banyak cakap. I diam jek. Janji uguys bawa i..



Korang, da habis bacakan... comment laa ciket. nak tengok berapa banyak feedback..


  • KLIK SINI & MY TRAVEL: STARCRUISE LIBRA (NIGHT 1)
  • KLIK SINI & MY TRAVEL: STARCRUISE LIBRA (NIGHT 2)

  • KLIK SINI & MY TRAVEL: STARCRUISE LIBRA (NIGHT 3)
  • You Might Also Like

    1 comments

    Popular Posts

    Follow me on Instagram

    Flickr Images

    Subscribe